Monday, January 2, 2012

Pengalaman bekerja di bumi Singapura sejak tahun 2008 telah memberi banyak pelajaran tentang kehidupan bermasyarakat. Misalnya, kaum Melayu yang dulunya dikatakan mempunyai banyak keistimewaan yang kian lama kian sama atau kurang dari kaum majoriti.

Kini, semuanya telah berubah. Kaum Melayu telah terpecah dua. Melayu Islam dan Bukan Islam. Rasa malu bila melihat bangsa sendiri yang sudah hilang identiti diri sebagai bangsa yang disanjung tinggi dahulunya. Kini tiada apa yang dapat dibanggakan lagi di bumi Singapura.

Aku, sebelum menjejakkan kaki dan bekerja di Singapura berfikiran bahawa kaum majoriti adalah kaum yang baik budi seperti yang terdapat di negeri kelahiranku juga. Pada pandangan kasarku pada masa itu, menyangkakan kemajuan dan kekayaan Singapura pasti dapat mengubah minda dan memberi inspirasi untuk dikongsi dengan saudara mara kelak. Memikirkan semua itu mencetuskan ilham dan niat untuk mencari rezeki. Berharap mendapat tempat yang sewajarnya.

Aku Berpendapat, kaum cina ni sebenarnya kaum yang selalu memandang rendah akan kebolehan bangsa lain. Contohnya, mereka sanggup membina sekolah berasingan untuk mendidik anak bangsa mereka. Terjadi juga di dalam dunia pekerjaan. Mereka tidak akan pernah mahu bekerja di bawah orang atasan yang bukan bangsa mereka. Apalagi kalau kita lihat di dalam dunia perniagaan akan kenyataan yang kaum ini tidak akan dapat bertoleransi dengan bangsa lain di dalam soal sebutharga. Inilah sebenarnya yang membuatkan mereka berjaya di dalam segala bidang. Manakala kaum yang mengkayakan mereka adalah kaum kita. Kita diumpamakan sebagai lembu tunggangan mereka.

Di Malaysia, sekolah jenis kebangsaan masih berdiri kukuh untuk kaum cina dan india. Alasan mereka adalah untuk mengekalkan jati diri bangsa masing-masing. Pada fikiranku ini adalah agenda mereka yang tidak pernah ikhlas berkongsi kekayaan dengan bangsa lain terutamanya bangsa Melayu. Mereka sendiri tahu melayu adalah pemilik nusantara ini sejak berzaman. Kini setelah bekerja di bumi Singapura ini barulah aku mendapat keyakinan tentang apa yang selalu disembangkan oleh sahabat handai samada secara langsung ataupun tidak langsung. Aku amat yakin dengan pendapat ini setelah mengalaminya sendiri dengan bekerja di beberapa buah syarikat yang berdaftar di Singapura. Bagai "berat mata melihat berat lagi bahu memikul".

No comments:

Post a Comment